Persembahan Dokumen


Mengguna Header dan Footer.

Memahami Header(pengepala) dan Footer(Pengaki).

Satu aspek lain dalam mencipta sesebuah dokumen adalah menggunakan pengepala dan pengaki untuk menyisip maklumat yang berulang pada setiap halaman dalam satu dokumen atau pada setiap halaman dalam sebahagian dokumen itu.

Pengepala dan pengaki menyediakan satu cara untuk menyertakan maklumat seperti tajuk dokumen, tarikh semasa atau nombor halaman dalam dokumen. Pengepala boleh termasuk teks, grafik atau butiran-butiran lain.

Menambah Pengepala dan Pengaki.

Anda boleh menambah pengepala atau pengaki kepada sesebuah dokumen dalam mana-mana pandangan Word. Langkah-langkahnya adalah seeperti berikut :

1. Pilih View, Header and Footer. Anda terpindah ke mod Print Layout untuk sementara dan bahagian pengepala dokumen itu dipaparkan. Teks biasa dalam dokumen itu di kaburkan dan tidak boleh diedit sewaktu anda bekerja di dalam kotak pengepala atau pengaki.

2. taip teks yang diperlukan dalam kawasan pengepala. Sekiranya anda ingin membina sesuatu pengaki, klik butang Switch Between Header and Footer pada bar alat Header dan Footer.

3. Anda boleh menyertakan nombor halaman, tarikh semasa, waktu masa semasa dan elemen-elemen lain dengan menggunakan butang-butang yang bersesuaian pada bar alat Header dan Footer(lihat jadual)

Nama Butang

Fungsi

insert number page

Menyisipkan nombor halaman.

insert number of pages

Menyisipkan bilangan halaman dalam dokumen.

format page number

Menyunting format bagi nombor halaman.

insert date

Menyisipkan tarikh semasa.

insert time

Menyisipkan waktu semasa.

page setup

Membuka kotak dialog Page Setup ke tab Layout, di mana anda boleh menukar seting pengepala dan pengaki.

show

Menyembunyikan teks dokumen ketika anda bekerja di dalam kotak pengepala dan pengaki.

same as previous

Menetapkan supaya pengepala yang berikutnya adalah sama dengan pengepala semasa(atau pengaki).

switch between header and footer

Beralih diantara kawasan pengepala dan pengaki.

show previous

Bergerak ke pengepala atau pengaki terdahulu dalam dokumen.

show next

Bergerak ke pengepala dan pengaki seterusnya dalam dokumen.

 

4. Jika anda perlu menjajar atau mengformat teks, gunalah butang-butang yang sesuai pada bar alat Format Word (sewaktu berada dalam kawasan pengepala atau pengaki) seperti mana anda lakukan untuk teks biasa dalam dokumen.

5, Setelah anda selesai memasukkan teks pengepala dan pengaki, klik butang Close pada bar alat Header dan Footer.

Anda dikembalikan ke teks dokumen. Dalam pandangan Normal, anda tidak dapat meihat pengepala dan pengakianda. Dalam pandangan Print Layout, teks pengepala dan pengaki kelihatan dikaburkan.

Anda boleh menyunting pengepala dan pengaki dengan memilih View, Header and Footer. Alih ke bahagian pengepala atau pengaki dengan menggunakan butang kemudi yang terdapat pada bar alat Header dan Footer. Untuk memasuki kotak pengepala dan pengaki dengan pantas semasa mengguna pandangan Print Layout, dwiklik teks pengepala atau pengaki.

Menggunakan gaya.

Memahami gaya.

Gaya Word menyediakan cara yang cemerlang untuk mengurus pemformatan aksara dan perenggan dalam sesebuah dokumen. Gaya ialah sekumpulan antribut pemformatan yang telah ditakrif dan dikenal pasti dengan suatu nama gaya. Selain gaya yang disediakan oleh Word, anda boleh membina gaya sendiri bagi teks yang mengandungi antribut pemformatan aksara seperti cetak tebal, cetak condong atau saiz fon tertentu; jenis-jenis gaya seperti disebut gaya aksara. Anda juga boleh membina gaya bagi perenggan yang termasuk antribut seperti penjajaran, inden dan jarak baris; jenis gaya seperti ini dipanggil gaya perenggan.

Anda boleh melihat mana-mana gaya di dalam anak tetingkap tugas Styles and Formatting seperti di bawah. Untuk membuka anak tetingkap tugas tersebut, pilih menu Format dan klik Styles and Formatting.

Membina gaya teks.

Membina gaya teks adalah mudah sahaja. Pilih teks yang perlu ditegaskan dengan format aksara khas dan umpukkan kepadanya semua atribut aksara (jenis fon, cetak tebal, garis bawah, cetak condong, dan sebagainya) yang akan disertakan dalam gaya. Anda boleh mengumpukkan atribut itu menggunakan kotak dialog Font(pilih Format>Font) ataupun butang-butang yang bersesuaian pada bar alat format.

Pilih teks yang berkenaan, kemusian ikutilah langkah-langkah di bawah:

1. Pilih anak tetingkap tugas Styles and Formatting, kemudian New Style. Kotak dialog New Style akan muncul.

2. Klik kotak jatuh turun Style Type dan pilih jenis gaya Character.

3. Tumpu perhatian ke kawasan Formatting of Selected Text dalam anak tetingkap tugas Style and Formatting. Disini anda dapat lihat atribut-atribut teks yang telah diumpukkan kepada teks dipilih. Ingat, gaya adalah berasaskan kepada gaya semasa(gaya perenggan yang telah ditentukan atau gaya normal) ditambah atribut-atribut yang anda tetapkan.

4. Taipkan nama bagi gaya baru itu di dalam kotak Name.

5. Klik OK untuk melengkapkan proses pembinaan gaya. Perhatikan bahawa gaya baru anda kini termasuk dalam senarai Pick Formatting to Apply dalam anak tetingkap tugas gaya.

Membina gaya perenggan.

Anda boleh mencipta gaya dengan mengikuti langkah-langkah seperti di bawah :

1. Pilih anak tetingkap tugas Style and Formatting dan kemudian New Style. Kotak dialog New Style akan muncul.

2. Klik kotak jatuh turun Style Type dan pilih jenis gaya Paragraph.

3. Taip satu nama yang unik ke dalam kotak Name bagi gaya tersebut.

4. Klik OK. Kini gaya yang baru dicipta termasuk dalam senarai gaya dalam anak tetingkap tugas gaya. Anda boleh mengenakan gaya berkenaan kepada mana-mana titik sisipan ke dalam perenggan tersebut.

Menyunting Gaya.

Untuk menyunting gaya, ikutilah langkah-langkah berikut :

1. Pilih anak tetingkap tugas Style and Formatting.

2. Di bahagian Pick Formatting to Apply, pilih gaya yang anda ingin menyunting, tempatkan penuding tetikus padanya sehingga garis uar kotak daan butang anak panah muncul. Kemuadian klik anak panah itu dan tekan Modify. Kotak dialog Modify Style seperti dibawah akan muncul.

3. Untuk mengubahsuai gaya berkenaan, pilih butang Format. Suatu menu muncul, membolehkan anda mengubahsuai atribut-atibut berikut pada gaya :

4. Pilih salah satu opsyen yang disediakan dalam Kotak Format. Kotak dialog yang bersesuaian muncul, membolehkan anda menukar seting bagi atribut fon bagi suatu gaya, klik anak panah Format dan pilih Font daripada senarai yang muncul. Kotak dialog Font akan muncul.

5. Setelah selesai menukar atribut-atribut bagi gaya berkenaan, klik OK. Anda dikembalikan ke kotak dialog Modify Style.

6. Tukarkan atribut-atribut lain jika perlu dengan membuat pilihan yang sesuai daripada menu.

7. Setelah siap mengubahsuai gaya, klik OK dalam kotak dialog Modify Style.

Menggunakan pengurus gaya.

Untuk menyalin gaya daripada dokumen atau templat lain, ikutilah langkah-langkah berikut :

1. Pilih perintah Tools>Templates and Add-Ins.

2. Dalam kotak Templates and Add-Ins, klik butang Organizer. Kotak dialog seperti di bawah akan muncul.

3. Gaya-gaya dalam dokumen semasa muncul di bahagian kiri kotak dialog Organizer. Gaya-gaya dalam templat yang diguna oleh dokumen semasa ditunjukkan dibahagian kanan kotak dialog itu(setiap dokumen Word adalah berdasarkan kepada suatu templat, biasanya templat Normal Word). Untuk menutup fail templat di bahagian kanan kotak dialogm klik butang Cloce File.

4. Kini anda boleh membuka suatu templat atau dokumen baru dan menyalin gaya-gayanya kepada dokumen semasa. Klik Open File di bahagian kanan kotak dialog Organizer. Cari dokumen atau templat yang mengandungi gaya-gaya yang hendak disalin. Dwiklik fail tersebut dalam kotak dialog Open untuk membukanya.

5. Sekembali ke kotak dialog Organizer, gaya-gaya bagi templat atau dokumen yang dibuka disenaraikan dibahagian kanan kotak dialog itu. Untuk menyalin sesuatu gaya, pilih gaya dan klik butang Copy. Gaya tersebut akan ditambah kepada gaya-gaya dalam dokumen semasa anda.

6. Setelah selesai menyalin gaya-gaya itu, klik close untuk menutup kotak dialog Organizer.


Kerangka.

Mewujudkan kerangka.

Anda boleh menggunakan kerangka dengan mengikuti langkah-langkah seperti dibawah.

1. Anda boleh meletakkan kerangka ke dalam halaman web dengan memilih butang Format>Frame>New Frame Page daripada menu.Kotak dialog Frame seperti di bawah akan muncul.

2. Melalui kotak dialog ini,anda mempunyai pelbagai pilihan seperti New Frame Left, New Frame Right, New Frame Above, New Frame Below dan sebagainya. Anda boleh memilih untuk meletakkan kerangka pada mana-mana tempat dengan mewujudkan dokumen seperti berikut:


Mengubahsuai Kerangka.

Selepas anda selesai membina satu set Kerangka, anda boleh mengubahsuainya semula dengan cara menarik bar di antara Kerangka untuk mengubahsuai saiz secara manual.

Anda juga boleh mengubahsuai sesuatu Kerangka dengan mengklik sebelah kanan tetikus anda untuk memaparkan menu kerangka. Setiap kerangka diwakili oleh menu kerangka tersendiri.

Setiap kerangka boleh ditetapkan dengan menggunakan menu tersendiri.

1. Daripada tab yang pertama, Kerangka, yang ditunjukkan oleh rajah di atas, anda boleh menamakan dan mengubah saiznya.

2. Pada "Initial Page" kotak kombo memaparkan nama kerangka tersebut; anda boleh menamakan kerangka melalui dialog kombo. Perisian itu telah menetapkan nama setiap kerangka tersebut secara automatik. Menamakan setiap kerangka berdasarkan fungsinya memudahkan anda untuk membina pautan antara kerangka nanti.

3. Mengubah saiz kerangka berdasarkan peratus, inci atau "Relative". Sebagai contoh, anda boleh menetapkan kerangka asal kepada 30%. "Word" akan mengubah saiz paparan secara automatik sebanyak 30% apabila kerangka kedua dibuka sebanyak 70%. Anda juga boleh menggunakan cara yang sama untuk kiraan inci. Jika anda memilih "relative", maka anda akan menetapkan setiap kerangka sebagai satu. (paparan penuh satu skrin). Anda boleh menetapkan kerangka sebagai 0.3 dan yang kedua bersaiz 0.7.

Tab kedua bagi dialog kerangka, Bingkai, membenarkan anda untuk mengubah saiz bingkai kerangka.

1. Di bahagian atas Tab Bingkai, anda boleh memilih untuk memaparkan bingkai atau tidak.

2. Untuk bingkai belah kiri, anda boleh menukar warna bingkai dan ketebalannya dalam nilai perpuluhan.

3. Anda juga boleh memilih butang No Borders untuk tidak menggunakan bingkai. Membuang bingkai dapat memberikan paparan yang lebih menarik dalam persembahan anda.

4. Dibahagian bawah Border tab, anda boleh memilih, apa yang perlu dilakukan dengan bar bergerak. Setiap kerangka mempunyai bar bergerak tersendiri secara automatik dan bar ini sentiasa dipaparkan. Anda juga boleh menetapkan supaya bar ini tidak akan dipaparkan terus atau akan dipaparkan apabila perlu sahaja.