HAMPARAN ELEKTRONIK
Pengenalan

Hamparan - digunakan untuk menyusun, manipulasi, dan menggraf maklumat numerik. Ia juga dikenali sebagai helaian kerja, hamparan terdiri daripada baris dan lajur yang membentuk sel. Sel individu dikenal pasti oleh alamat sel. Satu blok sel yang bersebelahan dikenali sebagai julat.

Ciri-ciri penting dalam hamparan adalah seperti berikut:-

 

Jenis Data Input

Untuk Memasukkan Simbol-simbol Khas

Caranya ialah:

 

 

 

 

 

 

Anda juga bolem memasukkan sebarang simbol metamatical ke dalam dokumen worrd.

 

 

Pengubahsuaian Hamparan

Mengubah Saiz dan Bentuk Tulisan

Untuk mengubah saiz dan bentuk tulisan sebelum menaip anda hanya perlu bawa tetikus ke butang saiz teks dan butang jenis teks seperti yang dipamirkan dibawah, pilih saiz dan bentuk teks yang anda kehendaki.

 

 

 

 

 

 

 

 

Menyalin,memotong dan menampal Teks/Grafik.

Rajah 1
Rajah 2

Toolbar

Toolbar ialah butang yang dibina khas untuk melakukan sebarang operasi dengan mudah dan cepat.

 

 

 

Cara untuk mempamirkan butang toolbar ialah:

 

FUNGSI HAMPARAN ELEKTRONIK
Perisian hamparan adalah perisian untuk membuat analisa, perhitungan, perancangan dan permodelan matematik dalam komputer. Ia boleh digunakan untuk mencipta model berasaskan matematik dan lain-lain aktiviti perniagaan. Perisian ini dapat menggantikan kertas hamparan kerja, kalkulator dan pensil.
Contoh : Quattro Pro, Lotus 1-2-3, Microsoft Excel


KEGUNAAN HAMPARAN ELEKTRONIK
i) menyimpan data secara automatik
ii) membuat ringkasan data mentah dan menghasilkan maklumat
iii) melaksanakan analisis dan meningkatkan perancangan
iv) melakukan pengiraan secara automatik dengan cepat dan tepat
v) ia digunakan untuk melakukan analisis apa-jika, analisis kepekaan, keperluan perbelanjaan, ramalan    keuntungan, mencipta grafik dan melakukan simulasi.
 
Microsoft Excel merupakan salah satu lembaran elektronik. Lembaran elektronik pula ialah satu perisian kompiter yang mengandungi baris dan lajur. Persilangan di antara baris dan lajur dinamakan sel.
Nama bagi setiap sel boleh dirujuk kepada pertembungan diantara lajur dan baris berkaitan dengannya. Contohnya A9 merujuk kepada sel persilangan lajur A dan baris 9. Lajur-lajur dinamakan dengan huruf besar semntara baris-bsris dinamakan dengan nombor.
Suatu kumpulan sel-sel dalam suatu rantau dinamakanrenj. Suatu renj boleh mengandungi hanya satu sel, satu lajur, satu baris atau mana-mana gabungan sel, lajur dan baris. Suatu renj dinamakan mengikut tertib sel yang disudut atas sebelah kiri hingga ke sel di sudut bawah sebelah kanan. Ianya dipisahkan dengan suatu titik bertindih“:“. Contohnya A2:C4 merujuk kepada renj yang mengandungi sel A2,A3,A4,B2,B3,B4,C2,C3 dan C4.

Memulakan Excel
 

1. Klik butang Start pada bar tugas.
2. Gerakkan penunjuk tetikus ke Programs.
3. Pilih Microsoft Excel.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Fungsi dan Formula 

Untuk mendapat hasil pengiraan.
1. Klik pada sel yang mencetak hasil pengiraan. Hasil pengiraan daripada pengiraan
akan dipaparkan pada sel itu.
2. Klik ikon AutoSum pada bar alatan.
3. Excel akan mentakrifkan renj yang paling sesuai untuk mengira menggunakan formula ini. Kotak fungsi akan memaparkan jenis fungsi Sum. Tekan Enter.
4. Klik pada sel yang memaparkan hasil pengiraan untuk mengaktifkan sel. Perhatikan formula akan dipaparkan pada bar formula.

Pengubahsuaian Halaman
 
Menyalin
1. Pilih rantau atau renj yang hendak di salin.
2. Klik Edit, Copy / pilh Copy pada bar menu.
3. Klik tetikus pada tempat yang hendak disalin semula.
4. Klik Edit, Paste kemudian Enter.
 
Mengubah tinggi baris
1. Gerakkan penunjuk tetikus pada bahagian bawah sempadan kepala baris yang
hendak diubah tinggi.
2. Klik dan heret bucu sempadan baris itu kesaiz baru yang dikehendaki.
3. Lepaskan butang tetikus untuk meletakkan baris ditempat yang baru.
 
Untuk mengubah baris yang banyak, pilih beberapa kepala baris yang dikehendaki. Kemudian ubah saiz salah satu baris dan baris yang lain akan ikut berubah sama.
 
Mengubah lebar lajur
 
1. Gerakkan penunjuk tetikus pada atas sempadan kepala lajur yang hedak diubah lebarnya.
2. Klik dan heret bucu lajur mengikut saiz baru yang dikehendaki.
3. Lepaskan butang tetikus untuk meletakkan baris pada kedudukan yang baru.
 
Untuk mengubah lebar beberapa lajur, pilih rantau kepala lajur yang dikehendaki. Kemudian ubah lebar salah satu daripada lajur itu dan lajur-lajur lain yang dipilih tadi akan mengikut ukuran lebar yang baru diubah.
 
Mengelitkan lajur atau baris
 
Lajur
1. klik pada sel yang mana hendak diselitkan lajur.
2. Pilih Insert, Columns daripada bar menu. Lajur tambahan diselitkan di sebelah kiri daripada sel yang terpilih dahulu.
 
Baris
1. Untuk menyelik baris, klik pada sel yang hendak diselitkan baris.
2. Pilih Insert, Rows daripada bar menu. Baris tambahan diselitkan diatas pada sel yang dipilih terdahulu.
Formatan Sel
 
Menformatkan sempadan
1. Pilih suatu rantau yang mengandungi sel-sel yang hendak diformatkan sempadan.
2. Klik pada ikon anak panah hala kebawah dalam bar alatan.
3. Klik pada jenis sempadan yang dikehendaki.
 
Memformat nombor
Nombor-nombor yang dimasukkan ke dalam sel-sel boleh diformatkan mengikut jenis yang sesuai atau yang dikehendaki oleh pengguna.
Pilih sel atau sel-sel yan terkandung dalam suatu rantau dan klik pada ikon memformat nombor dalam bar alatan. Terdapat berbagai jenis format untuk nombor seperti fixed,percent, currency dan seterusnya.
 
 


Pemvisualan Data (carta)
 
Membina carta
1. Pilih rantau yang mengandungi data-data yang hendak dimasukkan dalam carta.
2. Klik ikon Chart Wizard dalam bar alatan.
3. Pilih jenis carta dalam kotak dialog Chart Wizard. Kemudian pilih Next.
4. Pilih Rows / Columns. Kemudian pilih Next.
5. Taipkan tajuk carta. Pilih Next.
6. Buat pilihan dimana hendak diletakkan carta tersebut. Kemudian pilih Finish.
 

 

 

 

 

 


Menyunting carta
1. Carta boleh disunting dengan menggunakan View, Toolbar, Chart.
2. Klik pada mana-mana bahagian dalam carta seperti Chart title, rantau graf dan petunjuk dan pengguna boleh menyunting bahagian tersebut.
3. Saiz carta juga diubah dengan meletakkan penunjuk tetikus pada titik-titik sempadan carta dengan cara klik dan heret.
 
Mencetak carta sahaja
1. Klik pada carta yang dikehendaki. Tentukan ada titik-titik pada sempadan carta.
2. Klik File pada bar menu dan pilih Print.
3. Pilih Selected Chart. Tekan Ok.

 

 

 

 


 


Mencetak carta berserta buku kerja
1. Pilih File, Print dalam bar menu.
2. Pilih Entire workbook daripada kotak dialog mencetak.
3. Klik Ok.